
TENTANG KAMI
Pengatur Momen Penuh Rasa
Berkongsi Ilmu, Menyokong Kelancaran Majlis Anda
Emcee Sham berpengalaman dalam mengacara pelbagai jenis majlis di Malaysia, sama ada bersifat rasmi seperti majlis perasmian, seminar, anugerah dan korporat, mahupun majlis santai seperti majlis perkahwinan, sambutan hari keluarga, pelancaran produk, dan acara komuniti. Setiap majlis dikendalikan dengan pendekatan yang sesuai dengan tema, suasana dan kehendak penganjur.
Dengan gaya penyampaian yang tersusun dan mesra, Emcee Sham sedia membantu anda memastikan majlis berjalan lancar dan meninggalkan kesan yang positif kepada tetamu.
Kami juga menawarkan perkhidmatan sokongan seperti sistem pencahayaan, sistem PA serta khidmat Emcee yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan bajet majlis anda.
