TENTANG KAMI

Gaya Profesional Dalam Pengacaraan Majlis

Membantu  Kelancaran Majlis Anda

EmceeSham merupakan seorang pengacara majlis berpengalaman hampir lapan tahun yang aktif mengendalikan pelbagai jenis acara di sekitar Terengganu. Dikenali dengan gaya pengacaraan yang formal, tersusun dan mesra suasana majlis, Emcee Sham sentiasa menitikberatkan keselesaan klien serta kelancaran perjalanan acara.

Dengan suara yang tegas dan berkarisma, Emcee Sham bijak mengawal suasana majlis, spontan dalam situasi tidak dijangka serta mampu menyesuaikan gaya penyampaian mengikut tema dan kehendak penganjur tanpa kelihatan berlebihan. Pendekatan yang dibawa lebih kemas, profesional dan sesuai untuk pelbagai lapisan tetamu.

Antara majlis yang sering dikendalikan termasuk majlis perkahwinan, acara formal, majlis korporat dan pelbagai program komuniti. Setiap pengacaraan diberikan perhatian dari segi susunan perjalanan majlis, komunikasi bersama pihak penganjur serta keserasian dengan konsep acara.

SERVIS KAMI

Pengurusan Lengkap Majlis

Kami turut menyediakan pelbagai servis berkaitan majlis seperti khidmat pengacaraan, sistem bunyi (PA System), pencahayaan acara serta eBook panduan untuk beginner emcee termasuk koleksi skrip majlis sebagai rujukan dan persediaan.

EBOOK

Panduan asas pengacaraan dan koleksi skrip majlis sebenar.

LIGHTING MAJLIS

Pemasangan pengcahayaan untuk majlis anda.

PA SYSTEM

Penyediaan kelengkapan PA System yang lengkap.

EMCEE MAJLIS

Perkhidmatan pengacaraan majlis.

EBOOK

Ebook Panduan asas Pengacaraan Majlis

Ebook ini dikongsikan sebagai rujukan untuk membantu emcee baru mengacara dengan lebih yakin melalui panduan asas serta koleksi skrip majlis sebenar yang mudah difahami dan digunakan. Di dalamnya turut dikongsikan asas pengacaraan, susunan flow majlis, cara bercakap di hadapan tetamu serta contoh skrip untuk pelbagai jenis majlis.

.

LIGHTING

Pakej Lighting Majlis

Kami turut menyediakan pakej lighting untuk membantu menyerlahkan suasana majlis dengan pencahayaan yang lebih menarik dan cantik mengikut tema acara.

Pencahayaan yang sesuai bukan sahaja mencantikkan ruang majlis, malah membantu mewujudkan suasana yang lebih hidup, elegan dan lebih bermakna untuk para tetamu.

PA SYSTEM

Pakej PA System Majlis

Audio yang jelas dan berkualiti mampu memberi ‘feel’ yang lebih baik dalam sesebuah majlis serta membantu menghidupkan suasana acara

EMCEE

Pakej Emcee Majlis

Perlukan EMCEE untuk majlis anda? EmceeSham menyediakan khidmat pengacaraan untuk pelbagai jenis majlis dengan gaya yang kemas, santai dan mengikut kesesuaian acara.

Membantu mengendalikan perjalanan majlis dengan lebih teratur, menjaga flow acara serta memastikan majlis berjalan dengan lancar mengikut tentatif yang dirancang

Ada Sebarang Pertanyaan?

Hubungi kami sekarang untuk sebarang persoalan dan tempahan. Kami sedia memberi konsultasi secara percuma.

GALERI

Galeri Majlis

Lengkapkan majlis anda dengan servis dan rujukan pengacaraan yang direka untuk membantu menjadikan acara lebih tersusun, menarik dan bermakna

HUBUNGI

Hubungi Kami

Dapatkan maklumat lanjut & info terkini.

Emel

hello@emceesham.com.my

Telefon

0132258924 / 01131379201

Whatsapp

0132258924 / 01131379201